Friday, April 26, 2013
MENENTANG KEZALIMAN (PENCABULAN HAK HARTA) DAN MEMBELA HAK ADALAH PERKARA UTAMA
1) Jangan mengambil pendirian cederung kepada orang zalim:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim*,maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu), kamu tidak mendapat pertolongan" (Surah Huud 11:113)
*Tafsir Pimpinan al-Rahman: Iaitu janganlah kamu wahai orang Islam bersahabat, atau bekerjasama, atau bersubahat atau pun menyetujui perbuatan orang yang melakukan kezaliman dalam segala bentuknya; lebih-lebih lagi orang yang menjadi musuh Islam dan umat Islam.
Sofwah al-Tafasir: Jangan cenderung kepada pemerintah yang zalim dan selain mereka yang fasiq dan jahat, maka kamu akan terkena siksaan neraka jahannam.
Kata Imam al-Baidhawi: Cenderung bererti sedikit kecondongan, iaitu janganlah cenderung sedikitpun kepada mereka, maka kamu akan dikenakan siksaan neraka.
2) ALLAH SWT istihar perang terhadap orang beriman yangzalim memakan harta orang:
[278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dantinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orangyang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.
[279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenailarangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah danRasulNya. [Surah al-Baqarah 2: 278-279]
3) Orang yang zalim termasuk dalam kalangan orang yangmemusuhi kekasih Allah. Sesiapa sahaja yang memusuhi kekasih Allah, maka Allah istihar perang terhadapnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman: Sesiapa yang memusuhi kekasih-Ku (iaitu orang yang beriman dan bertaqwa: Surah Yunus ayat 62-63) maka Aku isytiharkan perang terhadapnya…” (Riwayat al-Bukhari)
4) Tiada kehormatan terhadap orang yang zalim:
Sabda Rasulullah SAW: "Penundaan oleh orang yang mampu membayar hutang menghalalkan dia dipermalukan dan dihukum." (Riwayat Abu Daud danal-Nasa'i)
5) Pencabulan hak harta tidak wajar dibiarkan walaupun sedikit:
Dari Said bin Zaid r.a. katanya : "Rasulullah s.a.w. bersabda :"Sesiapa yang mengambil tanah orang lain sejengkal dengan cara yang zalim(tidak sah), maka akan dikalungkan oleh Allah di hari kiamat dengan tujuh lapisbumi." (Hadis sahih riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, apabila sudah terbukti jelas dan nyata, seseorang melakukan kezaliman, maka menjadi kewajipan umat Islam untukmembela dan memperjuangkan hak. Keutamaan mestilah diberikan dalam usahamenentang kezaliman dan membela hak.
Sebarang usaha yang membantutkan keutamaan tersebutmestilah dihentikan. Alasan dan dakwaan yang tidak berasas dan memberi peluang kepada penzalim untuk terus untuk berkuasa dan menindas adalah tertolak.
Sebagai contoh, syak dan waham bahawa golongan tertentu akan membunuh dan merampas harta umat Islam, jadi kita tidak boleh membuat pakatan dengan mereka. Sedangkan dakwaan tersebut menyebabkan pemerintah yang sememangnya telah terbukti zalim dan menyeleweng terusberkuasa.
Hakikatnya, orang yang berpegang dengan syak danwaham itulah yang lebih bermasalah daripada masalah yang ia bimbangkan dengan syak dan wahamnya akan berlaku:
توقع المصيبة مصيبة أكبر منها
Maksudnya:Jika anda terlalu takut kepada musibah, maka bermakna anda sedangberada dalam musibah yang lebih besar.
Justeru, perkara yang diragui (syak) tidak diiktiraf dalam syariat, maka lebih-lebih lagilah waham (sangkaan kosong). Dan suatu yang thabit atau zahir tidak boleh ditangguhkan dengan sebab suatusangkaan:
لا عبرة بالتوهم
Maksudnya:Tiada sebarang pengiktibaran dengan syak dan waham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment